Monday 17 June 2013

salam all,

xsempat nak update blog. sedar x sedar da nak masuk 8 bulan saya BF baby. Pengalaman sendiri rasa nak kongsi dengan semua orang betapa mudahnya BF. Sekarang my baby da start solid food. Saya masih belum bagi nasi biasa. Mula2 start makan selepas 6 bulan saya blend nasi dengan carrot. After then selang seminggu saya masukkan ayam & ikan bilis (blend bubur nasi) lepas sebulan dia x nak makan yang blen, try bg bubur yag xblen (still bubur lembik lenyek dengan sudip atau sudu). campur sayuran brocoli, carrot ayam. alhamdulillah dia makan. tukar2 menu dengan kentang dsb. Buah i bagi guna feeder. takut tercekik,huhu.

Alhamdulillah still full BF

Breastfeeding

Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk full Bf dengan jayanya sehingga hari ini. Genap 9 bulan 20 hari. Btw, pernah ada beberapa hari yang lepas susu tetiba kurang and langsung xbleh perah buat stok. What to do? Google apa perlu makan utk bykkan susu.so saya peegi kat kedai sensei cina beli longan kering, makan brocoli, sawi & halba rendam air panas dan minum. Alhamdulillah menjadi. Tp xtau yang mana satu efektif sebenarnya..hehe. yang penting jangan mudah putus asa & menywrah kalah. Pengalan BF selama 9 bulan lebih ni sungguh menyeronokkan dan mudah untuk dipraktik selain dari jimat yang berbaloi2. Hanya yang  Bf sendiri sahaja yang rasai kepuasannya. Tp tidak dinafikan..xsemua orang ada susu banyak untuk bf. Ada jg yang betul2 menghadapi situasi xde susu dsb. So, guys yang dapat bF dengan sempurna... besyukurlah kerana itu adalah nikmat dari Allah. Kepada yang ada susu yg cukup tetapi xnk BF, hargailah keistimewaan ini sebaiknya..semua page ini mendapat manfaat utk semua..amiin..

Saturday 16 February 2013

Suntikan Vaksin Imunisasi

kat sini saya nak share bagaimana xnak bagi anak demam bila disuntik. Ramai yang bagitau letak bawang putih/ merah, minyak panas or minyak angin dan macam2 lah. Termasuklah my mom, suh letak minyak angin lepas baby kena suntik takut nanti demam. So, saya tanyalah kat doctor ni bila dia pesan "jangan letak apa2 dekat suntikan tu ye." kalau saya letak apa akibatnya? so, dia bagitau la, vaksin yang disuntik tu sensitif dan boleh mati dalam suhu terlalu panas or terlalu sejuk. So, bila da mati, vaksin tu x sampai kat baby then..suntik sakit je la, vaksinnye da mati. Untuk kesahihan u all bleh rujuk doKtor yang lebih pakar. Vaksin  sememangnya penting untuk kesihatan anak khususnya pada masa hadapan. refer this link http://drzubaidi.com/blog/?p=3024 

Cara yang saya guna dan memang nyata berkesan ialah dengan menggunakan sepenuhnya khasiat susu ibu. bagaimana? lepas baby kn cucuk, terus bagi BF byk2. Dan ini mengikut pengalaman saya sendiri, my baby x pernah demam kena suntik & langsung x makan ubat demam yang diberi. Cuma ada 1 hari checkup untuk suntikan kena belah pagi. After suntik baby saya tinggal kt pengasuh then g kerja. so, badan dia suam2 skit. yang lain temujanji petang & kalu x saya ambik cuti pada hari temujanji. lps cucuk je terus bg BF byk2 dengan kerap smpai petang.
 

Thursday 14 February 2013

Pengurusan Susu Ibu

as salam,
hari ni nak cerita pengurusan susu ibu & penyimpanan yang betul & mudah. kat sini saya attach gambar skali untuk panduan. Tapi semuanya pakai avent lah..sebab saya jual avent..haha.
milk storage

avent milk storage : manage your space

1st step: susu yang dah perah i letak macam ni. actually bekas avent ni bleh susun bertingkat. Yang ni letak kt freeze. bila nk guna letak kat bawah bagi dia cair sendiri then masukkan dalam botol susu yang nk hantar ke rumah pengasuh. kat atas ni tahan 3 bulan. kalau kt bawah 3-6 hari. tapi saya letak bawah sampai 3 hari je. time nak guna letak cukup2 je kat fridge bawah, so x membazir. Suka avent ni sebab boleh susun & manage space kat fridge mcm kt atas tu. Bekas ni melekat kemas & x jatuh bila susun cam tu.

Sekarang saya guna bekas ni untuk letak makanan baby (bubur ns blend with sayur & ayam or ikan ) senang nk bawak n x tumpah kecik comel je . Actually bekas ni ada 20pcs . 10 yang 4oz & 10 yg 9oz. Cara ni saya dh praktikkan memandangkan saya terlalu banyak masa kat luar berbanding dirumah. So, saya pilih avent sbb banyak rm76 tapi ada 20pcs dan boleh guna sejak pantang sebagai milk storage sehinggalah dia start makan slps 6 bulan dan berikutnya. memang berbaloi2! sbb tu namanya 'milk & food storage'..hehe

ready stock milk
Yang ni i dah sukat 3oz siap2 then letak 5 botol. Depend on your baby minum brapa botol sehari. Bila hantar rumah pengasuh xdela diorang dok kena main tuang2 susu ni.  Maybe salah satu sebab dorang x nak ambik baby yang pakai susu badan kot. So, bila dh buat gini, dorang juz ambik botol rendam dalam air panas x sampai 3 minit then bagi kt baby.. serius.. memang lagi senang & cepat sebenarnya. Petang ambik botol basuh & strerile kt umah then esok hantar balik botol ni gak. owhh senangnya...hehehe. 

travel pack : thermabag, pump & bottle
 Yang ni setiap hari dk bawak kesana kemari. begnya kecik comei je. muat 4 avent botlle 4oz or 2 botol 9 oz. Tapi saya bawak 2 botlle yang 9oz setiap hari. Pump x muat kat beg tu, so, lpas pakai basuh n simpan je dalm beg besar. Lepas pump, boleh letak dalam fridge kat ofis. Nak balik kang ambik letak dalam thermabag. Kalau kena outstation saya pam pagi kat umah sblm turun keje, then pam plak kul 1 or 2pm. so. beg tu tahan dalam 6 jam or lebih. Tapi saya estimate sampai 6 jam. so, sempat la sampai kat umah kul 6 or 7pm.


Kalau hari kat ofis je, saya akan pump kul 11am, kul 2pm, kul 5.30pm sebelum balik. Nanti kat umah nak bersiap benda lain plak. ngemas, masak & urus baby. sampai kt umah terus masuk dalam fridge.

untuk lebih detail berkenaan storage milk ni bleh refer kat link ni http://www.askdrsears.com/topics/breastfeeding/while-working/storing-transporting-breast-milk . Kat situ lebih detail pasal tempoh & cara penyimpanan susu or u all bleh google je kat mana2 website.

Wednesday 13 February 2013

Avent Product

guna. actually untuk mana2 product pn bagus, tapi memandngkan saya lebih selesa dan turut jual avent product..so cerita yang avent je lah ye..hehe. Saya guna Avent manual pump. Yang ni sesuai untuk yang banyak travel kat luar semasa waktu bekerja mcm saya kot. sehari saya pump dapat 2 botol 9oz, banyak kn? ok, yang nak banyakkan susu kita p kt next post.

yang ni lebih murah, senang dan flexible. product lain x tau plak sbb mmg saya terus start yang ni. Guna pump ni memang keluar banyak, cepat & x sakit. Actually saya guna yang Via cup, tp recommended yang ni sbb yang via besar skit nak bawak kemana2. Tapi yang best avent ni, walaupun bli yang via cup, saya bleh tukar botol avent yang lain. muat je kat pump tu. so, senang..juz masukkan kat pump direct. Pump electric yang bagus mungkin spectra or madela. tapi yang tu memang mahal lah. silap2 cecah ribu..hehe.

Then, untuk storage pula saya guna Avent milk & food storage mcm kt pic kt bwh tu. yang tu bli trus dapat 20pcs (4oz -10 +9oz-10). satakat ni dah 5 bulan dok pakai 20pcs x pernah exceed plak. so, kepada bakal2 ibu yang excited nk membeli brg baby tu, berpada2 lah..hehe.

Kat situ ada tagging harga. maaf la ye..gambar dh edit untuk page FB. Saya suka bekas ni sebab kualiti dia, pastu cara nk susun pn senang, termasuk tutup dia, leh susun. cepat & x bersepah pastu senang nak carik masa nk guna. Harga macam mahal, tapi berbaloi sbb ada 20. tolak campur last2 lebih kurang harga brand lain je.

pastu saya beli botol avent manual starter set. nak jimat kan.. dapat mcm set kat bawah. so, saya guna yang 4oz tu utk htr rumah pengasuh then bli extra 2 botol 4oz. Yang 9oz tu saya bawak kemana dalam cooler bag semasa kerja. 
Saya bli yang ni sebab my baby lebih suka puting ni berbanding yang natural tu. yang natural tu saya ada bli 2botol 4oz tapi guna botol je.My baby xsuka dan ganti puting yang 9oz(bleh muat aje mana2 botol avent ni).

pastu tambah yang ni 2. Saya guna 5 botol 4oz untuk hantar kerumah pengasuh (yang dah siap 3oz). Pengasuh juz ambik botol susu rendam dalam air panas x sampai 3 minit then bagi baby minum. lagi senang dari susu formula yang nk kena cedok susu, balance air panas..leceh.. see.. BF lg senang. Pengasuh yang x nak sebab dia fikir dia kn main ngn susu tu nak tuang2. dorang geli ke hape x tau la..wallahualam.. tp pengasuh saya, alhamdulillah, siap basuh botol lg..hehe.

Pastu saya bli yang ni 2. Avent natural 4oz, sbb berkenan ngn design botol dia..hehe. so botol 4oz ada 6 dan 9oz ada 2. Botol ni seeloknya tukar 3 bulan skali. Tapi untuk bulan pertama kedua saya direct BF. naik keje bulan ke 3 bagi botol (still susu ibu) .then dah masuk bulan ke 6 da nk train pakai trainer cup. so, da x yah bli baru. Mengikut Pakar kesihatan jugak, lps 6 bulan seeloknya x yah bagi botol dh sbb mengganggu proses pertumbuhan gigi dia & menyumbang kepada kerosakan gigi. (yang ni u all bleh browse or tanya yang lebih pakar lah)

pastu saya bli avent Thermabag untuk bawak travel masa kerja. so yang ni tahan la sementara nk masuk susu kat peti ais nanti.


Then i beli Avent sealing disc. yang ni nak cover botol susu supaya x tumpah letak dalam beg. Setakat yang saya guna, memang x leaking. Dalam 1 paket tu ada 6pcs. so, lebih bleh simpan. image dia macam kat bawah tu..



Penyusuan Susu Ibu

salam all. juz sharing. saya memang respect kepada ibu-ibu di luar sana yang mengamalkan BF kepada baby. Khasiatnya memang tak payah citer lah. memang susu ibu tiada tandingan. Tapi sayangnya tak ramai yang sedar betapa perlunya susu ibu kepada baby dan betapa mudahnya BF kalu kena gaya.  Walau bagaimanapun, saya faham tak semua orang bertuah dapat menyusukan baby nya kerana mungkin juga tiada susu or masalah2 lain. Tapi apa salahnya mencuba sebelum menyerah kalah kan?? 
Fyi , i juga amalkan BF dan sekarang ini mempunyai baby berusia 5 bulan. Alhamdulilah saya bertuah kerana masih mampu BF sehingga hari ini tanpa masalah. Memang x susah dan saya langsung tidak menyangka ianya lebih mudah dari yang difikirkan. 
saya juga wanita bekerjaya yang bekerja dari 8.30am-5.30pm dan banyak bergerak keluar dari ofis setiap hari. dan jika anda yang bekerja statik di ofis atau suri rumah tidak mengambil peluang untuk BF memang sangat MERUGIKAN.. ish3..kesian..hehee. so, for the next post saya akan kongsikan bagaimana cara & persediaan yang lebih praktikal untuk wanita bekerjaya macam saya or sesiapa saja.Blog ini jugak ada menjual barangan avent. sape2 berminat bleh pm terus juz email or leave ur comment kat mybabymanjaku@gmail.com. Al kesahnya jual avent sbb saya bermula dengan pakai barangan avent dan terasa ingin rocommend kepada semua orang. Ianya berkualiti & flexsible dari segi penggunaan & penyediaan khususnya botol dan pump. Barangan ini dijual dengan harga rendah saya rasa selepas saya survey kt blog2 or fb ^^.. see u

Sunday 10 February 2013

My Blog

blog ini menyokong penuh penyusuan susu ibu dan berkongsi tip2 penyusuan susu ibu secara ekslusif. blog ini turut menjualbarangan baby secara online